“Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian” (Al-Fathir 29)

Daurah Tafsir adalah program tafsir al-Quran yang ditawarkan kepada individu yang sudah mempunyai asas dalam pengajian ilmu agama serta orang awam yang tidak mempunyai asas tersebut untuk belajar dan memahami al-Quran dengan lebih mendalam dalam masa yang singkat.

Program ini dikendalikan oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff (Penaung Darul Kautsar) dan tenaga pengajar PPADK. Program ini berlangsung bermula 27 Sya’ban sehingga 27 Ramadhan setiap tahun. Ia diadakan di masjid Darul Kautsar, Kuchelong bermula pada tahun 2018.

Antara kelainan Daurah Tafsir ini ialah: di samping mentafsir al-Quran, ia mengandungi pelbagai perbincangan yang menarik dan berfaedah mengenai Hadith-hadith Tafsir, Qawaid Tafsir, Usul Tafsir, Sejarah Tafsir dan Mufassirin, Menghilangkan Syubhat dan Percanggahan al-Quran dan Kelebihan dan Adab dengan al-Quran.

Sistem Daurah Tafsir dengan ciri seperti ini adalah yang berbeza daripada sistem Daurah Tafsir yang diadakan di Malaysia dan ia juga merupakan yang pertama di dunia.

Penyertaan program ini adalah percuma dan kemudahan penginapan juga disediakan. Peserta berdaftar hanya akan dikenakan sedikit bayaran untuk makanan dan minuman peserta sepanjang program berlangsung.

Main Menu