KURIKULUM
Tahfiz (Lelaki & Perempuan): Pelajar dilatih membaca al-Quran dengan kaedah yang betul dan diberi bimbingan untuk menghafaz 30 juz al-Quran dalam tempoh tiga tahun.
Pengajian Kitab (Lelaki & Perempuan): Terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: Ibtidaaiyyah (Permulaan); Wustha (Menengah); dan‘Aaliah (Tinggi). Menerusi tiga peringkat ini para pelajar akan mendalami ilmu-ilmu alat seperti Nahu, Sharaf, Lughah, Balaghah dan ilmu-ilmu asas seperti Hadith, Tafsir, Feqh, Sirah dan sebagainya. Di samping ilmu-ilmu Islam, pelajar juga diberi peluang untuk mengikuti kelas-kelas lain termasuk kelas PMR, SPM, STPM dan STAM.
Di peringkat ‘Aaliah pelajar-pelajar akan memasuki kemuncak silibus pengajian iaitu sesi Dauratul Hadith. Mereka akan mempelajari kitab-kitab utama hadith termasuk: Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’, Sunan Abi Daud, Sunan Tirmidzi dan Ibnu Majah.
GURU DAN PELAJAR (DATA 2021)