“Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian” (Al-Fathir 29)

Segala puja dan puji adalah milik Allah S.W.T Tuhan Semesta Alam yang telah meletakkan amanah kepada manusia agar memakmurkan bumi ini dengan syariatnya yang suci lagi murni demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang telah mewariskan al-Quran dan Sunnahnya sebagai panduan dan sumber ilmu pengetahuan. Doa kesejahteraan untuk para sahabat, generasi awal salafussoleh serta orang-orang yang datang sesudah mereka yang menjadi lidah penyambung risalah nubuwwah zaman berzaman.

Sesungguhnya, demi menyempurnakan ketaqwaan terhadap Allah S.W.T dan kebaktian sesama manusia yang dijadikan olehNya untuk menegakkan syariat berlandaskan al-Amru bil Ma’ruf Wan-Nahyu ‘Anil Munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka Pusat Pengajian al-Quran Darul Kautsar wujud dengan misi Menjana Generasi Berilmu, Beriman, Beramal Dan Bertaqwa berasaskan sumber yang shahih dan benar.

Lantaran itu, demi untuk menjayakan cita-cita yang suci lagi murni ini, marilah kita bersama-sama menggembelingkan tenaga, kebolehan dan kemudahan serta rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita untuk melahirkan generasi cemerlang yang bakal mewarisi kedudukan ummah Islam di masa akan datang

Ybg. al-Fadhil DR. Maulana Muhammad Asri bin Yusoff

Main Menu